Hujung-hujung tahun ni datang la segala mood nak bercuti dan jalan-jalan kan? Tak kurang yang suka buffet hunt sambil beli jiwa tersayang kann. So post kali ni Aisyah nak review buffet breakfast kat Palm Garden Hotel di Putrajaya.
Actually Putrajaya ni tau tak tau baaaanyak rupanya tempat makan best. And yang bestnya tak berapa banyak crowd berbanding kalau menghala ke arah KL. Ada few reviews sebenarnya yang Aisyah buat kat area Putrajaya, nanti Aisyah share link kat sini sekali (ig and youtube link).
Why buffet kat Palm Garden hotel best?
1. Tak crowded
Kat sini macam ‘hidden gem’ tau. Barang boikk tapi tak ramai yang tau. Jadi kita boleh makan tu dengan tenang sebab rasa lapang je. Tak sesak. Yang mana ada anak2 kecik yang bawak stroller tu banyak tempat nak “parking” stroller tu tanpa susahkan guest lain.
2. Menu variety secukupnya
Tidaklah meriah macam bazaar Ramadhan punya variety tuuu..tapi serba cukup dengan kepelbagaian. And paling best bukan je sebab variety..tapi SEDAPPP. Tengok my review video kat sini ya: https://www.instagram.com/reel/DCGcQ3athG5/?igsh=dmZ5YjA3amE2ajd5
3. Staff semua friendly
Friendly staff ni maha penting ya..it can make or break the business tau. Sini ya Allah semua mesra and baik. Very helpful and tak lokek dengan senyuman. And buat yanh bawak kids, siap ada staff bawak Chupa Chups bagi kat budak-budak. Aisyah ni pun bukan jenis bagi anak-anak makan manis, tapi kasi can la sekali sekala biar dorg happy jadi budak-budak. Balik rumah berus la dengan Kodomo Lion ha gitu.
4. Kawasan cantik dan tenang
Lepas makan, boleh la bawak anak-anak jalan sekitar hotel. Hotel ni macam hutan dalam hotel. Udara segar, banyak hijau-hijau…memang tenang. Serious nak ngopi dengan member-member kat courtyard pun seronok tau, boleh tengok pakej ngopi kat Courtyard tu kat sini..boleh tengok gambar sekali and view harga: https://invol.co/cllx8x1 Nak staycation sini memang best sangat and very recommended sebab antara activity lain boleh buat kat sini is shoppinggg kat IOI mall putrajaya. Memang dekat sangattt ❤️ try survey-survey harga best dulu..Aisyah biasa memang habis habisan survey harga sampai jumpa price yang puas hati. Check kat Trivago je uolls: https://invol.co/cllx8yc
5. Harga
Disebabkan service, ambience and food tiptop, harga kat sini Aisyah rasa sangat berbaloi. Aisyah haritu dapat harga dalam RM60+. Tapi kena rajin survey then grab harga bestz.
Anyway korang thanks for reading. Sudi-sudi singgah my IG, FB dan Youtube tauu. Mana tauu kalau korang follow lagi rajin Aisyah me-review ðŸ¤❤️ hehe. Ok bye then.
Jemput follow:
Fb: https://www.facebook.com/aisyah.najihah.5?mibextid=LQQJ4d
IG : https://www.instagram.com/aisyahmasrani/profilecard/?igsh=MXNpODdvOWYzZHp2eA==
Youtube : https://youtube.com/@aisyahmasrani?si=PQbfKX88vV9LY7_o
Wooowww menarik !! Lama tak bawak family layan buffet macam tu. Boleh la plan next time ðŸ¤
ReplyDeleteKannn ❤️
Delete