My Ads Test

Friday, 9 May 2014

Hukum Membuang Misai/Bulu di Muka Dalam Islam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kamu kamu dan kamu! ^^


Time-time lunch hour hari Jumaat la baru terhegeh-hegeh nak update blog. Heuheu (-_-) ..And I thought I could have privacy at this hour. Tapi ramai pulak orang datang kat office ni dengan tetibe je. Huhu. Mungkin sebab aisya ni segan kot kalau ada orang dok terjenguk-jenguk, terintai-intai ketekunan meng'update' blog ni..auuwww :*> ..alahhhhh. Cobaan kecil jak. Gagahkan jugak menaip. Hufff!

Okay la (sambil mengabaikan 'onlookers' dikiri dan kanan PC), hari ni nak cerita mengenai misai ataupun secara umumnya bebulu di muka (macam kiyut pulak 'bebulu' mihehe). Bulu-bulu di muka bukan sesuatu yang diluar normal untuk individu yang sihat. Malahan mereka yang berbulu lebat atau ada bulu di muka ni terlebih sihat hormon androgen mereka ni. Both men and women are prone to grow facial hair. Cuma yang membezakannya dari segi lebat tak lebat, kasar tak kasar.

Secara peribadi, berbulu roma dimuka bukan sesuatu yang aisya pandang jelik. Lelaki bermisai, di-trim elok elok bagi kemas, umpph.Macho! Perempuan? ..Normal lahh. Kalau dah cantik tu, berbulu lebat mana pun cantik jugok..(since I do have visibly mild facial hair around my upper lip myself - kenalah bajet hot :pp Siapa lagi nak sayang diri kita kalau bukan diri sendiri kan kan? :pp pfft!) - oh well, still, beauty lies in the eyes of the beholders. Mungkin sebab itu ramai perempuan rasa kurang berkeyakinan.


Ada macam Mr.Potato?? :p

 Biasa la, mula-mula rilek jeh, cool jeh, sekali tetiba ada sorang dua dan ramai pulak tetiba.."eh misai" - rasa down beb. Lepas tu gelabah nak cepat-cepat cari jalan hilangkan 'kecelaan' tu, lepas tu dia nampak shaver ayah/abang/adik dia, lepas tu shave bagi gondol, lepas tu bangga sebab kejayaan dah buang bulu, lepastu bulu-bulu tersebut tumbuh selang tiga hari dengan lebih subur kasar lagi lebat, lepastu kau haru. Tu kes yang yang nekad dan tak fikir panjang punya orang. Ada situasi lagi satu ni pula; dok lah ragu-ragu boleh ke tak buang bulu-bulu dimuka sebab kurang ilmu bab wanita dan islam, sudahnya dia tak buat apa-apa, lalu mengasingkan diri daripada masyarakat, dan berterusan kurang keyakinan tu. Sekarang zaman IT la sayang-sayangs ku...bukak Google cari maklumat, cari jawapan, tapis yang sahih dan yang bukan, search kat Google, taip "Colorful Kanvas Puteh" cari entry 'perempuan dan misai' insyaAllah ada jawapan yang dicari :pp hehehe.

Okay, buat kaum hawa seangkatan yang masih ragu-ragu dan was was soal boleh ke tak boleh buang bulu dimuka, aisya ada maklumat untuk dikongsikan. Sebelum tu, kita kena faham tiga jenis menghilangkan bulu (termasuk rambut) dari badan dalam islam:

#1- Apa yang disuruh dalam nas untuk dihilangkan seperti bulu ari-ari dan bulu ketiak (dituntut)

#2- Apa yang dilarang dalam nas untuk dihilangkan sperti janggut bagi orang lelaki dan menipiskan kening.

#3- Apa yang tidak ada nas Quran atau hadis yang melarang dan tidak ada nas yang menyuruh seseorang itu mencukurnya sperti bulu peha, betis perut, dada,tangan dan lain-lain.

 Asal bagi sesuatu yang tidak ada nas adalah dibenarkan seperti hadis berikut:

ما أحل الله في كتابه فهو حلال وما حرم فهو حرام وما سكت عنه فهو عفو



Kebanyakan ulama mengharuskan lelaki dan perempuan mencukur bulu di tempat-tempat yang dinyataka  berdasarkan hadis ini.

Bagi jenis ketiga iaitu apa yang tidak ada nas Quran dan hadis selanjitnya dibahagikan kepada dua kategori:-
 

#1- Lelaki

Dibenarkan lelaki mencukur bulu ditempat-tempat ini sekiranya tidak sampai had menyerupai perempuan dan tidak menyerupai orang kafir.

Sebahagian ulama tidak menyukai lelaki menghilangkan bulu-bulu ditempat ini. Ibnu Nujaim al-Hanafi telah berkata:“Lelaki yang mencukur bulu di dada dan belakangnya adalah tidak ada adab”

#2- Perempuan.

Dibenarkan perempuan untuk menghilangkan bulu2 ditempat ini. Malahan sebahagian ulama ada yang mewajibkannya seperti ulama mazhab Maliki.

Wanita juga boleh menghilangkan misai dan janggut dengan mencukurnya. Ini adalah persepakatan dari mazhab yang empat. Cuma mazhab Hambali melarang perempuan menipiskan janggut dan misainya.

So kesimpulan yang kita bole nampak disini, wanita dibenarkan untuk membuang bulu muka dan betisnya. Yang penting JANGAN GUNA SHAVER untuk buang bulu, baik dibetis, diketiak lebih lebih lagi dimuka. Dibimbangi bulu-buluan akan bertumbuh dengan lebih kasar, tebal daripada yang asal. Memang ada sesetengah orang bertuah sebab bila dia shave bulu tu tumbuh pun normal macam biasa jugak. But in many cases (like mine)? Nightmare.


Kalau tak boleh shave nak pakai ape ye?

Okay la, sebenarnya ada bermacam cara nak buang bulu ni, yang mahal-mahal macam laser dan electrolysis korang boleh buat research sendiri kot..huhu. Aisya just list kan cara-cara yang kurang mahal dan mampu milik :);

i. Waxing
 Waxing terbahagi kepada dua jenis; cold wax and hot wax. Hot wax ni kita boleh dapat kan perkhidmatan di spa spa dan sekarang macam-macam seller jual online hot wax ni - tapi kena ikut steps preparation dia betul betul la. Manakala cold wax you can buy it over the counter in pharmacy, dan kita buat sendiri ye waxing tu. Hot wax lebih mahal berbanding cold wax. Mungkin sebab tu efek hot wax lebih baik berbanding cold wax :)
 
ii. Removal cream
Seperti yang banyak terdapat di Watson, Guardian dan farmasi lain. Contoh: Veet dan Palmer's Hair Removal cream. Yang ini harga pun okay laa. So so. But my least favourite. Sebab dia tak buang akar bulu bulu tu. And the cream feels heavily corrosive to my skin which it irritates so much and prone to break-outs (-_-) ..Satu feature yang mungkin korang suka dengar hair removal ni tak menyakit kan. Yayy (if you do not have sensitive skin that is)

iii. Petua orang tua tua :)
Ambil sebiji lemon, perah dan dapatkan jus, campurkan dengan gula kemudian disapukan perlahan-lahan ditempat yang berkenaan

Bila cakap pasal cukur/buang bulu, satu isu hukum boleh ke tak boleh perempuan bercukur/buang bulu (misai, betis, ketiak..bukan kening ye :)), satu lagi isu yang buat kita ragu-ragu or berat nak buang tu sebab mungkin ada mak ayah dia cakap "ehh bulu lebat tu rezki tu" ...yang itu tak dapek den nak nolong. Sebab parents aisya pun cakap benda yang sama juga :p ...sebab tu nawaitu untuk melakukan sesuatu tu penting. Nak buang bulu dia muka (kecuali kening) atau kaki atau ketiak dengan niat kerana Allah. Elakkan daripada ada niat untuk melawa dan untuk ditayang-tayangkan kecantikkan itu. InsyaAllah..Rezeki Allah itu ada dimana-mana :) ..Wallahualam.


Sumber dipetik daripada link dibawah. Terima Kasih atas kongsian ^^

(http://www.loveloveislam.com/2010/08/mencukur-bulu.html)

Nak cari alternatif gula kurang kalori? Baca sini :









23 comments:

  1. Ijinkan Saya Berbagi peluang usaha rumahan.
    Silahkan Mampir ya...

    ReplyDelete
  2. Ijinkan Saya Berbagi cara membuatnya. Silahkan Mampir ya...

    Let's me Share How to Made cara membuat.
    Thanks

    ReplyDelete
  3. Ijinkan Saya Berbagi cara membuatnya. Silahkan Mampir ya...

    Let's me Share How to Made cara membuat.
    Thanks

    ReplyDelete
  4. You've got amazing stuff here. peluang usaha
    .

    ReplyDelete
  5. biar lebat bulu-bulu jangan berbulu(feeling)..haha..
    kecantikan wanita tu dah mencukupi untuk lelaki terpikat, sbb kecantikan milik wanita..ceh wah

    ReplyDelete
  6. Akak,kalau gunting boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole aisya :) ...digunting bagi kemas..dengan niat utk menjaga kebersihan.Wallahualam.

      Maaf lambat balas ya.

      Delete
  7. Even dah guna cara tradisional yg limau tu, bulu roma atas bibir tu still tak hilangkan ? Or hilang terus ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petua tradisional tu utk kurangkan/lambatkan pertumbuhan bulu2 tuu...istiqamah tenyeh limau dibahagian tersebut insyaAllah bulu2 pun malu nak tumbuh da :)

      Delete
  8. Even dah guna cara tradisional yg limau tu, bulu roma atas bibir tu still tak hilangkan ? Or hilang terus ?

    ReplyDelete
  9. kalau bulu muka lak cmne ? salu kan guna mask muka.. dia tarik bulu tu kan ?? mohon pencerahan sis. ty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tiada isu haram bila cabut bulu dimuka (kecuali kening)...especially bila kes tak sengaja :) ...bulu2 tercabut time pakai mask?...memang ouch! :'D

      Wa'Allahhualam.

      Delete
  10. ada sesiapa yg dh praktis bab buang bulu cara traditional? Menjadi x? I baru nk try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bunga ros.

      Sy sendiri dah cuba :) ...cara tradisional ni membantu melambatkan proses pertumbuhan bulu (bulu atas bibir tu)...nak kata totally hilang bulu belum kot...maybe makan masa. Kena consistent. Cuma kena pastikan kulit x senaitif dgn bahan2 yg dipakai tu ok.

      Delete
    2. Aslm sis..nak tanya..sebelum kita guna lemn tu..kita kena buang dulu bulu sedia ada tu ke?

      Delete
  11. cmne nk ilangkan bulu kt muka?

    ReplyDelete
  12. Tapi boleh ke cujur bulu kaki . Was2 lah . Hummm. Macam mana ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah usik bulu tu azntaa.bela je kalau was was.biar ada koleksi..he he he

      Delete
  13. salam..muka sy pn ada berbulu halus juga..and bahagian misai tu nmpk jelas..so klu nak buang, blh kan..?

    ReplyDelete
  14. Blog yang bagus! Saya mencari blog semacam ini selama beberapa hari terakhir. Teruskan. Terima kasih telah membagikannya dengan kami.cara menghilangkan bulu di wajah

    ReplyDelete
  15. so maksudnya we can cukur bulu yg ada dkt muka kecuali kening? how about anak rmbut?

    ReplyDelete
  16. After bulu lebih lebat tu awk buat apa utk kurangkan bulu tu? I have the same issue rightnow 🥹 i nees helppp

    ReplyDelete