My Ads Test

Sunday 12 March 2017

Program Suntikan Percuma HPV 2017

Assalamualaikum.
Hi semuaa.
Ok, we’ll go straight to the point. Simpan segala bunga-bunga mukadimah untuk post yang lain sebab wanita-wanita depan skrin semua berkobar-kobar nak tahu SUNTIKAN PERCUMA HPV alaf ini!!!!!

Eh boleh tahan mengarut kau jah. Ehem.

Ok. Kita siriuss.





So what is HPV vaccination?

In short, HPV vaccination (Human Papilloma Virus) is basically to prevent or minimize the risks of Cervix Cancer. Kanser Serviks ni salah satu jenis kanser rahim – ada dua kategori kanser rahim: Kanser Serviks (jangkitan dibahagian sempit atau pangkal rahim) dan kanser korpus (jangkitan dibahagian dalam rahim). Untuk pengetahuan, kanser ni bukan sahaja boleh dijangkiti wanita, tapi orang lelaki pun boleh kena tau!..Laki-laki, uolls jangan ingat uolls tak ada organ ehem2 tu uolls tak boleh kena ok?.. Kanser serviks dikatakan sebagai kanser PEMBUNUH SECARA SENYAP – sebab simptom keluar bila sel kanser dah start merebak ke bahagian pundi kencing dan paru-paru. Maksudnya, dah kritikal baru kita tersedar “Eh. Kanser???” – Nauzubillah.

But fret not my friend. They say, Cervix cancer has a high chance to be cured, if and ifffff we can detect early. Gitew. Jadi, antara langkah yang di-syorkan sebagai langkah awal pencegahan ialah melalui ujian Pap smear dan vaksinasi HPV. In Shaa Allah dapat dicegah / dirawat.

Disclaimer:


Please excuse my medical / health explanations here. I am no doctor or medical practitioner. Haha. I won’t dwell further on the details about the disease as it’s so complex. Yes, earlier I did mention there are two categories, but there are actually so many types of HPVs (kuman yang menyebablkan kanser tu la); HPV type 6, 11, 18…and etc. But for your further reading, I suggest these sites:


Jadi kita dah tahu sedikit sebanyak mengenai HPV Vaccination kan? OK. Teruskan membaca dan teruskan terhibur. Eiceh.

Sy first-time disuntik pada 22 Feb yang lepas. Lepas disuntik macam-macam soalan yang ditanya (I asked so many questions too before I had mine ;p). Itulah sebab rasanya membantu kot kalau buat entry khas untuk suntikan free HPV ni. Hehe. Okay, antara soalan yang ditanya……….

Amik kat mana?


Sakit tak weh??


Sampai bila free ni?


Cucuk kat mana?


Penting ke?


Kalau period?………….dan lain – lain. Huhu.

Sebelum menjawab soalan tu, rasanya elok kot kalau sy explain sedikit sebanyak pasal Program Vaksinasi Percuma HPV 2017 ni.  Program ni dah bermula dari awal tahun ni lagi dan diperkenalkan oleh KKM. Dan secara lansung jugak, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keuarga Negara (LPPKN) terlibat dengan menawarkan sokongan kemas kini program Pemvaksinan Percuma HPV ini. Tapi tapi tapii…….ada syarat – syarat untuk dapatkan perkhidmatan percuma ni okayy.

Syarat – syarat :

i.        Wanita
ii.       Warganegara Malaysia
iii.      Bujang / belum pernah berkahwin
iv.      Wanita yang lahir tahun 1990 – 1996 (means, umur linkungan 21 – 27 tahun pada tahun 2017)

So yang tak lepas syarat tak boleh amik vaksin kaaa?? ….eh eh. Boleh………….Cuma tak free lah. Kihkih. Buat yang lepasi syarat, syukur. Sebab vaksin ni kalau buat sendiri kat luar dalam RM200 kalau tak silap. Mahaii….

    Sebelum sy explain lanjut procedure untuk amik suntikan ni, beberapa maklumat yang awak – awak kena amik kira dan kalau nak tahu lanjut bolehlah Google sendiri. Haha :
 
    a) Setiap individu yang berdaftar akan menerima suntikan secara berperingkat untuk 3x dos. Suntikan atau dos kedua dikenakan sebulan selepas tarikh suntikan pertama diberikan.

    b)  Dinasihatkan untuk tak mengandung untuk satu jangka waktu tertentu. Untuk yang tengah rancang nak kawen tuu…..please consider this and plan well. Elok tanya doctor dulu cemana ok.

     c)  Ha, yang ni penting. Jangan ingat kempen free ni berlansung sampai habis tahun 2017 ni ya? Our government granted free vaccines for 30,000 women only. No date-reservations, no changing appointment dates, no nothing. Strictly on FIRST COME, FIRST SERVE basis! – and from my experience, the MA / Nurse at the clinic informed me that one clinic (appointed Nur Sejahtera clinic branch nationwide) can only hold 300 quota (300 quota per branch). Kalau dah habis memang bye bye lah. So laju laju pergi urus okay.


Cara – cara / tips / keperluan untuk dapatkan vaksin:


     a) Call cawangan Klinik Nur Sejahtera yang terdekat:

Refer sini untuk senarai cawangan. Sediakan beberapa cawangan pilihan lain sekiranya cawangan yang kita call tu dah habis quota. During my time, I called three clinics okay. Dua dua yang terdekat (Cawangan Ampang dan Raja Laut) dah habis quota! And Alhamdulillah staff di Klinik Nur Sejahtera Ampang suruh sy rujuk cawangan Kajang. Jauh sikit, tapi takpe.

    Tujuan call tu sebab nak tanya, ada quota lagi ke tak dan bila hari yang klinik suruh datang. Take note, dorang tak akan layan kalau nak ubah ubah tarikh ya. If the clinic asked you to come on this particular date, you have to come. Ingat, ni first come first serve basis. 

     b) Dokumen dan barang perlu:

I/C dan sebatang pen. :’D ..jangan risau nak isi borang and nak download borang kat mana. They will have it ready for you at the clinic. So bila sampai di klinik, jumpa nurse nanti nurse bagi borang. Ada 2 helai borang dan satu kad vaksinasi untuk diisi.



c) Lapor awal: 
  
Perkhidmatan hanya pada dari jam 9.00 am hingga 12.00 pm. Datang awal. Sy dari KL bawak kereta nak ke Kajang tu. Sesat pulak tu. Tapi sampai ngan ngam jam 9.00 am pun dah ramai da kat klinik. Rasanya students kot yang ramai.

     d) Pakaian:

Pakaian yang mudah buka bahagian lengan. Sebab nanti cucuk kat bahu. Macam macam pakaian nampak dorang pakai haritu. Ramai pakai t-shirt long-sleeve yang longgar sebab senang nak tarik lengan ke atas. But I personally don’t like my arm to be exposed publicly like that. Sebab bila dicucuk tu bukannya boleh turunkan lengan baju. Berdarah woii.

I wore short-sleeve inner with a cardigan. Easier for me I think – bukak butang then tunjuk bahagian bahu yang nak dicucuk tu.

     e) Laju – laju gerak:

Laju laju gerak? Apakah? …Okay, maksudnya…awak boleh expect dalam klinik tu sibuk. Nak datang daftar, nak isi borang, nak tanya nurse,..semua kena pantas. Da siap isi borang laju laju beratur dapatkan suntikan. Kalau tak kang nurse marah :’D ..haha.

    f) Prepare mentally and physically:

    Hmmm....Okay ni sy jujur ya, suntikan tu sakit :'D ...I don't want to sugar-coat my words and later on you hate me. Haha. Get well prepared girllss. My arm hurt like for a solid 3 or 5 days. And badan pun ada rasa sakit sakit and demam sikit. Tapi sakit tu relatif. Ada je yang keluar bilik lepas dicucuk tu senyum sambil "Tak sakit weh!" ...which I was fooled by that. Haha. And it is a good idea if you have someone accompanied you. Seriously when I drove after the injection, my arm got numbed. Kawan kawan yang dah awal awal amik haritu ada pesan, lepas inject jangan buat kerja berat berat. I thought I was driving okay, tapi sesat pulok kat kajang tu. Stressed sampai genggam nak cabutkan stereng tu agaknya.

     And why mentally-prepared? Hmm. I'm saying this because, like I said, you need to move fast. Isi borang cepat, beratur cepat, then bila kena panggil masuk bilik pun kena cepat. Dapat suntikan pun cepat! So memang tak ada masa orang nak tenangkan awak kalau fobia darah or jarum. Tak ada takut takut. I myself hateeeeeee needles. Tapi fikir orang kat belakang dah beratur panjang, and everything happened so quick. Tak sempat nak habis cakap "Auu..." pun okay. Awkward je terkeluar bunyik "Oock.." <--- cubaan nak cakap "auuuw" tapi tak habis. Sebab dah habis dicucuk dah pun. Cepat kan :')


   

    Okayy. Selesai suntik, make sure simpan kad vaksinasi tu dan borang kaler pink. Make sure hadir next appointment yang diberikan dan bawak dua barang tu. Then....awak boleh laju laju lah keluar daripada klinik okay. Hehe. Safe drive and take care! ;)


Itu je perkongsian untuk hari ini. Harap bermanfaat :)

Thank you sebab singgah ya.

.Thumbs-up if you like.
.Share if you want.

Bye!

<(^,^)/