My Ads Test

Wednesday, 14 June 2017

Ibadah 10 Malam Akhir Ramadhan Buat Wanita Haid

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan Mubarak :)


19 Ramadhan, Alhamdulillah.
Hmmmm. Sis kat luar tu puasa kee? ;p

Syukur la masih bertahan belum period lagii. Huhu. Cuma hati ni macam gelisah juga...sebab kalau dikira-kira, lagi EMPAT hari sy "datang" tu.. (sobsob). Period-Tracker apps ni pun satu..tak habis habis nak tolong ingatkan kita "Your period is coming" (-___-)

Ramadhan setahun sekali je datang...kita semua pun dah sedia maklum ganjaran 10 malam akhir dalam mengejar Laillatulqadar..difikir fikir memang sebak, fikirkan tahun ni mungkin terlepas peluang tu. But fret not my sistorssss. Allah tu Maha Adil kan :) ..and hence this morning I googled here and there looking for information on what women on menses can do for the last 10 nights of Ramadhan. I found many useful info and many good suggestions, and some I craft my own ideas just to add on those suggestions (takut nak lebih lebih. Sesungguhnya i bukan ostajah :'D). So here I summarize for you girls okay. :)

Bismillah.


Ibadah Mudah Buat Wanita Haid di 10 Malam Akhir Ramadhan:

i. Lazim dengarkan bacaan Al-Quran tanpa memegang mushaf Quran dan Baca + fahami tafsir.

Kalau sis memang dah amalkan, Alhamdulillah :) ..teruskan istiqomah ya. Sertakan dengan bacaan tafsir Quran - mudah mudahan bila kita faham ayat ayat suci tu penghayatan pun lebih. In shaa Allah


"Abu Nu’aim states, in his Tib an-Nabbi, that the Prophet (Sallallahu Alaihi Wasallam) said that the benefits of listening to recitation are increased when it is understood – that is, when its meaning is understood"



ii. Perbanyakkan zikir.

Ingat Allah selalu - dihati, dari lidah dan perbuatan. Everything! Gosh. Kadang kadang tu kan, kita tahu "Allah memang sentiasa dihati"..tapi jarangnya nak ringankan lidah tu ingat Dia kan ;(

Darjat tertinggi di Jannah adalah pada mereka yang sentiasa ingat pada Allah.


"Abu Sa`id (RA) narrates the Prophet (Sallallahu Alaihi Wasallam) was asked, "Which of the servants of Allah is best in rank before Allah on the Day of resurrection?" He said: "The ones who remember him much."I said: "O Messenger of Allah, what about the fighter in the way of Allah?" He answered: "Even if he strikes the unbelievers and mushrikin with his sword until it broke, and becomes red with their blood, truly those who do Dhikr are better than him in rank." 

- (Ahmad, Tirmidhi, & Bayhaqi)


Aiseymen..sebak.


iii. Istighfar dan doa.

Doa yang baik baik untuk diri, keluarga dan muslimin muslimat yang lain. In Shaa Allah, mudah mudahan kita dapat yang terbaik.


"Truly Allah loves those who turn [to Him] in repentance"
- (Al Baqarah, ayat 222)


iv. Kerja amal dan bersedekah.

Kerja kerja amal (charity) memang amalan yang saaangat baik. Secara ringkasnya, kita tolong orang. I think most girls would find charity work interesting. Alhamdulillah, kalau ditengok balik, semakin banyak gerakan gerakan amal yang diusahakan orang perempuanss. Daripada usaha kumpulkan dana untuk sedara Palestine dan Syria kita hingga ke yang turun padang anjurkan program lawatan rumah anak yatim.

Jadikan ini batu semangat (ada ke batu semangat?) untuk kita participate in such charity works! Contohnya, buat yang rajin memasak, mungkin boleh 'spend' duit sikit untuk 'Projek Sahur' pada yang memerlukan, untuk anak anak yatim dan sebagainya; buat kuih then bagi kat Masjid. Tak pun boleh jugak gerakkan usaha kumpulkan barang barang terpakai untuk disedekahkan. Anjuran gotong royong bersihkan surau..Macam macam cara lah kita boleh sumbangkan sebenarnya.

Bersedekah pun sama la. Banyak medium untuk bagi sumbangan ni. Kat Malaysia ni pun dah banyak 'platform' untuk beri peluang kita sumbang pada tabung Palestine, Syria dan sebagainya. Tapi ingat ya, jangankan sibuk nak tolong orang luar sampai tak terperasan pulok saudara mara, jiran kita susohh. Lebih afdal kalau kita panjangkan tangan bantu keluarga sendiri dan jiran tetangga.

Bab bersedekah ni, ada satu cara menarik yang sy terbaca kat FB. Kalau tak silap, Ustazah Hjh. Siti Norbayah yang kongsi: setiap malam, sedekah RM1 (kumpulkan dalam satu tabung. RM1 per night denga niat untuk sedekah.) in shaa Allah...kalau malam yang kita sedekah tu malam LaillatulQadar, masyaAllah....untungnya kan. :')


The Prophet (Allah bless him and give him peace) said, “The best charity is that given in Ramadan.” [al-Tirmidhi]


v. Masak juadah untuk orang yang berpuasa

Okay ladies, sila berebut kedapur untuk tolong masak lepas ni ya :)


The Prophet (Allah bless him and give him peace) also said in the aforementioned sermon, “…Whoever feeds a fasting person in (the month of Ramadan), for him is the forgiveness of his sins and freeing his neck from the Fire…”

[Sahih ibn Khuzayma; Sayuti, al-Jami’ al-Kabir; Bayhaqi, Shi’b al-Iman]



Okay! Sedikit sebanyak pengongsian kali ni. I really hope you girls find this useful. :)
Selamat meneruskan ibadah puasa buat gegadis hebat kat luar sanaaa.
Jangan sedih sedih. Selamat beramal! :)

Thank you.
\(^o^)/



Rujukan:



1 comment: