Salam beautiful readers,
Thank you singgah blog yang kejap ada kejap takda nih. Mihihi. Tapi hari ni ada misi penting nak share dengan korang especially buat mak-mak menyusu badan. Aisyah sekarang almost 3 months postpartum dah and tunggu hari je nak masuk kerja balik (sobs). Nak cerita sikit setakat journey Aisyah susukan anak nombor 3, boy.
Anak 1st and 2nd Alhamdulillah susu badan full sampai dorang 2yo. So yang ke-3 ni in shaa Allah usaha dan tawakkal sehabis baik nak susukan dia fully till 2yo jugak..Aameen YRA. Tapi haa....you know what? last 2 weeks ago Aisyah ada prob susu DROPPED. Supply drop tu cam bila dah pam, marmet yang keluar paling-paling pun 1 oz lepas susukan anak. Masa tu chill lagi...kat otak ni positif lagi "supply demand supply demand" and berdegil jugak la kita susukan dia dengan harapan supply breastmilk will go back to normal. Sampailah baby Aisyah kurang poopoo dan pampers dia cam kering, masa tu memang wake-up call. Aisyahh!! Jangan syok sendiri baby lapar tu!! Susu drop ni berlansung sampai tiga hari. Hari ketiga tu tersedar and mula muhasabah kenapa susu drop...and I list few for your reference and see if related tak dengan mak-mak nyusu yang tengah baca ni:
Punca susu badan Aisyah drop (in my case) :
1. Stress - jangan taktau mak2 semua ni No.1 Killer untuk mak-mak menyusu tau. Boleh search scientific research berkenaan stress dan supply susu badan baaanyak sangat research pasal ni. So jangan stress kah? Susah nak kata. Kita ni manusia, mana boleh lari dari stress! Huhu. Tapi ni apa yang Aisya buat lah, memang jujur minggu susu drop tu memang tengah sangat stress, pasal apa? biarlah rahsia. Mihihih. So bila dah tersedar ni antara punca stress, bila nak marah ke apa tarik nafas panjang panjang sampai terasa tercucuk kat dada tu then hembus. And walk-away from benda stress tu. Cari food yang korang suka ke, anything yang buat korang happy sat.
2. Kurang pam susu - well, kadang kadang datang malas nak ngepam tu. Huhu. And kebetulan, breast sebelah kanan tersumbat+bengkak+demam..penah jadi macam ni dulu masa anak 1st sampai kena on antibiotic and doc dulu tu pesan jangan bagi anak minum susu belah kanan ni (suruh pam dan buang). So this time, Aisyah tak jumpa doctor, terus takbagi anak susu belah kanan and tak jugak pam konon takut oversupply boleh buat lagi bengkak. Oh silapku disitu - hari kedua bengkak tu baru la pegi Klinik and check darah Alhamdulillah bersih dpd jangkitan kuman so boleh je feed anak and Doc pesan suruh bagi anak menyusu belah kanan dan pam.
3. Anak kurang bangun menyusu malam - entah la kenapa tetiba tukar pattern dia tido. Biasa every 2-3 hours nak susu ni elok dia tido lama. Bangun susu pun setakat hilangkan haus je pastu dia tido balik, tenyeh tenyeh kat mulut dia pun dia taknak. Eh taknak namamu Dollah. Mak nya punn sambung la tido balik. Susu penuh kat dada tapi dikeluarkan. Silap sangat buat macam ni.
4. Kurang makan / kurang minum air / kurang makan sayur-sayuran - hmmm..
So cemana Aisyah handle masalah ni?
a. Topup Formula Milk. Ya korang mesti taksuka suggestion ni kan? Takpa Aisyah topup FM sebab yang paling penting, anak kena KENYANG! tu priority. Tapi penting cari susu yang tak manis or takda gula tersembunyi sebab kalau baby tersyok minum FM, dia boleh reject susu mak. And lagi satu cari punting susu yang sesuai (sila search dan baca 'nipple confuse'). Anak tu kencing dah kurang, poopoo pun kurang tolong la jangan seksa baby. Tu petanda memang you takda susu so cepat cepat lah usaha.
Btw Aisyah belikan susu anak yang ni. Pernah borak-borak dengan kawan sekerja, brand ni rasa dia seakan-akan susu ibu and tak pemanis tersembunyi. Kat farmasi banyak boleh dapat brand ni, kalau tak pun order je online : https://invl.io/clm0mh5
b. Misi Aisyah is anak kenyang sihat and my breastmilk supply pulih and kembali meriah. Dalam masa dia kenyang minum susu FM kerja Aisyah pam pam dan pamm! Ada masa je pam! ada masa je pam! Ha camtu punya gigih nak baikkan semula supply. Huhu. Ataupun maybe kalau awak baca pasal "power-pumping" punya jadual lebih faham. Kalau ada yang tengah survey breastpump handsfree boleh tengok video review Aisyah sendiri kat sini ya : https://my.shp.ee/z4zm65w?smtt=0.0.9 ..bila jumpa breastpump yang senang nak pakai ni mudahkan kerja kita nak bangun pam la kan.
c. DIY Milkbooster dan banyakkan sayuran dalam diet. Masa berpantang dulu makanan healthy je..dah habis pantang lupa diri jap makan merapu rapu. Bahahah. So Aisyah buat sediri milkbooster soup. Senang je : rebus barli, kurma merah, Gula O (gula kurang kalori) atau boleh pakai gula batu, halba, daun pandan. Buat minum 2-3 hari. Kalau malas nak buat beli yolah apo laie https://invl.io/clm0mkk.
Sayuran hijau kena ada untuk setiap mealtime. Sayur-sayur yang Aisyah amik : Sawi bunga, Seaweed (nori), lobak putih and bayam.
d. And last but not least, solat hajat dan nazar. Kita minta Allah permudahkan semua urusan perjuangan kita nak susukan anak sampai umur 2 tahun. In shaa Allah.
So caiyok mommies!!!
Mak-mak awesome meh la follow kitaaa: